Shukri Yahya Terima Pregnaancy Test Sbgi Hadiaah Ulaang Tahun Perkahwiinan

Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kali keempat, pelakon Shukri Yahaya telah menerima satu kejutan daripada isterinya, Tya Adnan.

Menerusi Instagram TV milik Tya, dia telah menghadiahkan sebuah kotak yang mengandungi alat ujian kehamilan di dalamnya. Pelantun utama drama Andainya Takdir itu kelihatan terkejut kerana pada mulanya dia berharap hadiah tersebut adalah permainan video.

” Alamak! Apa 23 ni? Eh ‘pregnant’ la..Alhamdulillah, ” sambil senyum.

Berita kehamilan itu turut disaksikan oleh anak perempuan mereka, Aaira Ameena yang sama-sama gembira dengan kedatangan ahli baru.

Sebelum itu, Shukri seakan memberi bayangan mahu menimang cahaya mata kedua menerusi ucapan yang ditujukan kepada isterinya di IG.

Terdahulu, Tya mendedahkan pernah mengalami kguguran akibat jtuh di dalam bilik air.

Shukri dan Tya telah berkahwin pada 20 November 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.

Rare Ucapan Anniversary Shukri Yahaya Ni Tapi Comel. Siap Ada Hint Nak Baby.

Pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka hari ini.

Namun apa yang menarik perhatian adalah ucapan yang diberikan Shukri sempena hari istimewa itu agak berbeza berbanding pasangan lain.

Tidak perlu terlalu sweet sebaliknya Shukri memberikan ucapan berbentuk gurauan dan bernada lucu. Coretan tersebut juga turut diserta dengan video pendek yang dimuat naik diakaun Instagramnya hari ini.

Malah menerusi penulisannya juga, Shukri seakan-akan memberi bayangan mahu menimang cahaya mata kedua.

“ Happy Anniversary Sayang tyaadnan. Thank you sebab jadi wife & mommy yang HEBAT untuk kami! Kita gemok sama-sama, kita kurus sama-sama, kita tua sama-sama okay! p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu, ” tulisnya

Dalam pada itu menerusi ruangan komen juga, pelakon Nad Zainal tidak ketinggalan mengusik pasangan berkenaan.

“ Alamak dia bagi HINT, ” tulis nad.zainal

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak dan ig