Anak raih 5A UPSR tauke kedai mkn selamba bg jambangan duit 10k

Khamis lepas merupakan hari yang dinanti-nanti oleh setiap pelajar yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Keputusan yang keluar pada hari tersebut telah mencoretkan pelbagai kisah suka dvka antara mereka.

Sebagai ibu bapa, sudah tentu ada sebahagian daripada mereka inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh itu, ganjaran apabila memperoleh sesuatu kecemerlangan adalah sebagai m0tivasi kepada anak-anak untuk berusaha.

Bunga duit buat anak

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang mengusahakan perkhidmatan menggubah bunga dikenali sebagai Una Rushana, dia telah memuat naik sejambak bunga duit bernilai RM10,000 yang ditempah oleh pelanggannya.

Sejambak duit itu adalah hadiah yang diberikan oleh pemilik Cafe Adik Abang kepada anaknya, Muhammad Danish Haziq Bin Ihsan Fahmi yang berjaya memperoleh 5A dalam UPSR.

Sepuluh ribu cash dalam tangan

Anak lelaki kepada pasangan Ihsan Ishak dan Norashikin Pauzai ini mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan telah mendapat RM10,000 tunai sebagai imbuhan kejayaannya.

Pasangan pengusaha kedai makan terkenal di Alor Setar ini turut mempunyai tiga orang anak lagi dan sememangnya dikenali oleh mereka yang menggemari lauk pauk yang pelbagai di sekitar Kedah.

Tudiaaaa 10k !

Sehubungan dengan itu, menerusi Facebook sumber, rata-rata netizen telah meningg@lkan k0men yang pelbagai diatas perkongsian menarik tersebut.

Pada awalnya, mereka berasa terkejvt dengan jumlah yang diterima sebagai hadiah atas kecemerlangan pelajar tersebut. Namun, masih ada yang meningglkan komen bahawa perkara tersebut adalah rezeki kerana ibu dan bapanya berkemampuan dan membantu menjadi motiv@si kepada anaknya untuk terus berjaya.

Via OMM

Continue ReadingUS
Advertisement