Ariff Aziz tayang kekasih Ukraine? Peminat puji pandai pilih yang ‘muda bergetah’

BEKAS suami kepada penerbit Datuk A Aida iaitu Ariff Aziz memberi bayangan seolah-olah sudah menemui pengganti teman hidupnya apabila berkongsi beberapa foto mesra bersama seorang gadis Ukraine dikenali sebagai Svetlana Oudeno Dos Santos.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz, 30, berkata, dia menghargai usaha wanita itu yang hadir dan sudi memberikan sokongan sewaktu pertandingan bola keranjang baru-baru ini.

“Semoga penerbangan kamu selamat. Jumpa lagi nanti. Terima kasih kerana sanggup bersorak dan memberi sokongan ketika pertandingan bola keranjang saya,” tulisnya.

Ariff berkongsi beberapa foto mesra bersama seorang gadis Ukraine di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, rata-rata peminatnya turut meluahkan rasa teruja dengan perkongsian itu selain ada antara mereka yang mengucapkan tahniah kepadanya.

“Ini barulah sepadan. Macam Hailey Bieber!

“Kan dah cakap… nak yang muda bergetah.

“Fulamak! Orang Ukranine! Dah ada perkembangan,” tulis mereka.

Ariff sebelum ini pernah ditahan p0lis bagi membantu siasatan terhadap kes kehilangan wang lebih RM200,000 milik bekas isterinya yang juga seorang penerbit drama dan filem.

Terima kasih kerana sanggup bersorak dan memberi sokongan ketika pertandingan bola keranjang saya.

ARIFF AZIZ

Pelakon

Sebelum ini A Aida menerusi sebuah sidang media khas mengumumkan dia tidak lagi menjadi isteri kepada Ariff selepas bercer4i secara baik pada 25 April lalu.

Percer4ian berlangsung di Mahk4mah Rendah Syariah, Gombak Timur dengan Ariff melafazkan talak satu kepada A Aida.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : Mstar

Continue ReadingUS
Advertisement