Dai’ Farhan Kahwini Janda Anak 8, Netizen Ucap Tahniah

Sebelum ini, industri seni tanah air pernah kec0h dengan kontr0versi membabitkan pencetus ummah Abu yang telah berkahwin dua sehingga mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan netizen.

Terbaru, juara bagi rancangan dakwah Da’i musim kedua, Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad pula secara terbuka telah mengumumkan perkahwinan keduanya di laman Instagramnya, semalam.

Menerusi satu posting yang dibuat di laman Instagramnya itu, Da’i Farhan telah memuatnaik beberapa keping gambar dipercayai bersama isteri keduanya.

Berdasarkan kapsyen yang ditulis olehnya, dia dan isteri telah dinikah dan disatukan di Tanah Suci, Mekah.

Di dalam posting itu juga, dia turut memberikan penghargaan kepada isteri pertamanya yang tabah menerima hakikat tersebut.

Perkhabaran terbaru Da’i Farhan itu telah mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga turut mengucapkan tahniah di atas perkahwinan tersebut malah turut terh@ru dengan berita yang disampaikan olehnya itu. Bahkan, mereka juga turut mendoakan agar perkahwinan yang dibina itu diberkati dan berpanjangan.

Sumber: Instagram Daifarhan via Oh Bulan