Suami terlafaz cerrai saat maraah. Dikahw1nkan aku dgn cina buuta namun sungguh berbeza lyanan yg aku dpt

Foto sekadar hiasan. Hi ni fake acc, Saya dalam dilemma sekarang. ceritanya begini, saya sudah berkahwin dengan bekas suami selama hampir 10 tahun mempunyai 3 orang anak berumur 9, 6, 3 tahun.

Pada bulan 6 lepas saya dicerraikan atas sebab pertelingkahan besar antara kami, dan suami dengan tidak sengaja mencerraikan saya dengan talak 3 sebab saya berlawan cakap denganya.

Suami seorang yang baik, rajin membantu kerja rumah, tidak kedekut, tidak lepak malam, tidak main game, hidupnya cuma dengan isteri dan anak. Kira seorang anak, suami, ayah yang baik. Cuma buruknya dia seorang yang mudah angin dan pantang dicabar.

Selepas mencerraikan suami sangat menyesal dengan tindakanya itu sebab kami dah tak boleh bersama untuk rujuk kembali, suami terlalu sayangkan saya dan anak2 dan tak boleh terima kenyataan yang akan kehilangan anak dan isteri atas sebab terlepas talaknya ketika marah. Saya dah redha sebab saya mampu untuk menyara anak tanpa suami disisi, tapi tidak dinafikan saya juga sayangkan suami,

3 bulan selepas cerrai suami minta saya untuk kahwin dengan kambing hitam yang dicari sendiri oleh suami, saya terima dengan sebab saya masih sayangkan suami dan suami dan anak anak terlalu rapat tak sanggup untuk saya pisahkan mereka, dan semasa suami melepaskan talak masing masing dalam keadaan marah dan mencabar.

Saya terima cadangan suami untuk berkahwin dengan kambing hitam iaitu lelaki pilihan suami yang saya pun tidak kenal suami arahkan lelaki berkenaan mencerraikan saya dalam masa seminggu selepas kahwin. Perkahwinan dilakukan di seberang.

Sekarang sudah hampir sebulan saya dan suami baru berkahwin tapi masalahnya suami baru saya tidak mahu mencerraikan saya dan sangat baik pada saya dan anak2, juga tunaikan tanggunjawab sebagai suami dengan baik,

Bekas suami tidak pandai manjakan saya (perilakunya keras, tak pandai manja2 sebab dibesarkan dalam adik beradik semua lelaki), saya yang manjakan beliau seperti raja, tetapi suami baru saya sangat manjakan saya seperti puteri raja, cakap je teringin apa akan ditunaikan, dibelai, dimanja, sentiasa penuh dengan gelak dan bahagiakan saya, dia cakap dia tak akan cerraikan saya, saya dalam dilema sekarang..

Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian ini.

Norini Yamat –Ini la akibatnya bila talak tu dijdikan mcm mainan.. Dan hukum tu diolah untuk kepentingan sndri.. Sekrg rasekan la akibatnya.. Suami baru tu xsalahpun..

Jhazz Hazzmie –Ko carikan ppuan utk bekas suami tu…. Abis citer….. Lepas tu ko layan baik2 suami kambing hitam tu smpi jadi kambing putih.

Ozzy Ozbourne –Better ada hikmah nya.. terus kan lah hidup dgn suami baru..suami lama biar dia gila talak klo bleh suh dia move on…. Kdg2 kelakuan isteri ni berpunca dari cara dan layanan suami.. Baik layanan suami baik lah… Kalao sampai cabar mencabar .. panas baran x mengalah sikit2 cerrai .. mmg mengarut lah …

Daftar dulu perlahwinan tu dkt Malaysia.. sbb klo x daftar puan pon x bleh kwen balik dgn bekas suami .. Jangn men mudah je.. patut kwen je dgn lelaki kambing tu kat Malaysia apa masalahnya.. Adakah korang cerrai ni pon korang x daftar sebenarnya?? Men pandai sndiri je sume.

Sue Su Rich –Dlm islam, takde istilah cina buta. Bila dh kawin dgn suami baru, jalani la rumahtangga yg baru itu sebaik2nya. Berd0sa seorg isteri minta cerrai dr suami yg baik & bertanggungjawab semata2 nak ‘laksanakan hukum cina buta’ tu.

Sila rujuk dgn kaunselor yg dilantik oleh jabatan agama islam utk lebih kefahaman dlm bab cina buta ni.

Coretan Asmara –Kes dah selesai setelah dapat suami baru..apa yg perlu puan lakukan pergi pejabat ugama untuk sahkan perkahwinan puan di Malaysia..supaya senang untuk masa hadapan jika puan mempunyai anak dgn suami baru..tentang suami puan yg lama…

Jadi lelaki lafazan talak kena jaga dan perlu byk bersabar.. bila sikap baran tak dicontrol dgn baik inilah yg bakal terjadi… Terlajak perahu boleh diundur telajak kata inilah padahnya… Minta ampun dgn Allah…

Fatin Hazzirah –Dh dftar ke perkhwinan tu? Khwin kt seberang.. Teruskan la dgn perkhwinan bru.. Jdkn prkhwinan sblum ni sbgi pngajaran.. Bljr drpd kesilapan.. Ingt khwin ni permainan ke?? Blh khwin lps tu cerrai..

Sumber : Kisah Rumah Tangga