SeIepas Heboh PasaI Bendera MaIaysia Bintang Lima. Ini Kata2 Padu Permaisuri Ag0ng

Ketika kehangatan isu Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima dalam satu majlis perasmian kejohanan sukan itu semalam, ciapan (tweet) Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri perhatian netizen.

Baginda memuat naik status di Twitter rasminya bagi menyentuh isu tersebut dan berkenan memberitahu, Jalur Gemilang adalah simbol kedaulatan negara dan ia tidak boleh dipermainkan.

” Tiada siapa yang berhak untuk mengubah bendera tanpa persetujuan Duli Yang Maha Mulia(DYMM) Raja-raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen,” ciapnya pantas tular di laman sosial.

Kata-kata baginda itu mendapat sokongan dari netizen yang menyifatkan kesilapan itu tidak sewajarnya berlaku kerana itu adalah Jalur Gemilang.

Mohammad Basir berkata, kesilapan itu tidak boleh diterima kerana setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama telah dididik sejak kecil bagaimana rupa Jalur Gemilang.

” Setuju tuanku, kesilapan ini sepatutnya tidak boleh diterima, setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, telah dididik sejak kecil bagaimana rupa Jalur Gemilang. Ampun tuanku.

” Saya sebagai rakyat Malaysia tak dapat menerima kesilapan mereka ini. Sebagai rakyat tuanku saya bermohon perlu diambil tindakan,” ciapnya.

Menurut Aiman9099, “Setuju tuanku… ini bukan isu perkauman atau politik, tapi lebih kepada patriotik..,” katanya.

Pengguna ID Bearuangs pula berkata, “Tanya budak tadika pun tahulah mana satu bendera yang betul. 14 bucu bintang bermaksud 14 negeri dalam Malaysia. Takkan asas macam ni pon tak tahu pasal bendera negara. Memang disengajakan dan memalukan. Tindakan wajib diambil.”

Tambah Syeramanap pula, “Ampun tuanku, carian di Google boleh dikatakan 100 peratus tiada Jalur Gemilang yang bintangnya ada lima bucu.. Sama ada guna term ‘bendera Malaysia’ atau “Malaysia flag’. Semua gambar akan ada lebih dari 5 bucu yakni semua ada 14 bucu kat bintang tu..”

Posting baginda sehingga kini mendapat lebih 3,600 ciapan dan 5,200 tanda suka dari netizen.

Dalam pada itu Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

” Kami memohon maaf di atas kesilapan itu dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk tindakan sedemikian. Tolong maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha untuk membangun dan mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia,” kata MABA melalui kenyataan di Facebooknya malam tadi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : sinarharian