Walaupun Isteri Cuma Suri Rumah, Ingatlah Mereka Bekerja 24 Jam Tnpa Henti Tdk Bergaji

Mungkin ramai wanita yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas berumah tangga. Tindakan itu memang wajar dipuji. Sebagai suami, tentu anda rasa seronok dengan pengorbanan isteri yang mahu menjadi suri rumah.

Anak-anak dijaga sendiri oleh isteri, boleh juga jimatkan belanja hantar anak ke rumah pengasuh atau nurseri. Malah ada isteri yang turut menghantar dan mengambil anak daripada sekolah setiap hari.

Pendek kata, urusan rumah tangga ditanggung beres! Anda pula boleh ‘request’ apa saja masakan pada isteri. Pasti akan dimasaknya. Terus terang, pasti anda akan rasa lega kan?

Isteri membuat pengorbanan itu demi untuk keharmonian rumah tangga. Bukan satu perkara yang mudah untuk seorang wanita melepaskan kariernya.

Pasti pertimbangan daripada pelbagai sudut telah diambil kira sebelum membuat keputusan itu. Maka, sebagai suami, anda perlu menghargai isteri dan jangan ambil kesempatan di atas pengorbanan isteri itu.

Ini Sepatutnya Suami Buat Pada Isteri Yang Jadi Suri Rumah

Hargai Isteri Dengan Wang Saku

Apabila tidak bekerja, isteri sudah hilang punca pendapatan. Hanya mengharapkan anda sebagai suami untuk menanggung segala perbelanjaan.

Setiap bulan anda akan memperuntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan rumah. Jangan lupa untuk ‘selit’kan juga elaun untuk isteri.

Jumlahnya terpulang kepada kemampuan anda. Kalau mampu RM200 sebulan pun, berilah. Sekurang-kurangnya isteri ada duit untuk digunakan di saat kecemasan.

ISTERI JUGA PASTINYA ADA KEINGINAN UNTUK MEMILIKI SESUATU BARANGAN. WANG ITU YANG AKAN DISIMPAN DAN DIKUMPUL SEDIKIT DEMI SEDIKIT. KEMUDIAN DIA AKAN BELI SETELAH CUKUP WANG, TANPA PERLU MEMINTA WANG TAMBAHAN DARIPADA ANDA.

Ramai suami yang ‘buat-buat lupa’ tentang elaun atau nafkah untuk isteri. Isteri perlu meminta, baru akan diberi. Itu pun dengan macam-macam bebelan. Alasannya, mereka sudah sediakan semua perbelanjaan rumah. Tak boleh begitu ye wahai suami.

Belikan Isteri Hadiah Biar Gembira Hatinya

Sebagai isteri, tiada apa lagi yang lebih penting selain daripada disayangi dan dihargai oleh suami di atas pengorbanan mereka menjaga keluarga.

APA SALAHNYA, SESEKALI BILA DAPAT GAJI, BAWA ISTERI DAN ANAK-ANAK MAKAN DI LUAR. TAK PERLULAH ISTERI MEMASAK PADA HARI ITU. ITU JUGA MASA UNTUK ISTERI RILEKS SETELAH SETIAP HARI TERKEJAR-KEJAR URUSKAN ANAK-ANAK.

Bila hujung minggu, bawalah isteri dan anak-anak keluar. Tidaklah asyik terperap di rumah saja. Pasti dia akan rasa gembira.

BILA ADA DUIT LEBIH, APA SALAHNYA BELIKAN HADIAH UNTUK ISTERI SEPERTI BAJU BARU DAN SEBAGAINYA. WALAU PUN TIDAK BEKERJA, TAPI MEREKA BOLEH MEMAKAI PAKAIAN CANTIK KETIKA KELUAR MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK DARI SEKOLAH, KE PASAR DAN SEBAGAINYA.

Takkan anda sanggup biarkan isteri selekeh saja sedangkan anda mampu? Kalau isteri anda kelihatan menarik, anda juga yang tumpang bangga. Itu bermakna anda pandai jaga isteri.

Jangan EGO.. Tolong Isteri Dekat Rumah Tu

Anda juga boleh bantu isteri membuat kerja rumah seperti mencuci pinggan atau menyapu sampah. Tentu isteri akan rasa terharu dengan bantuan itu.

Ia menunjukkan sifat timbang rasa anda pada dirinya. Walau pun penat bekerja, anda masih sanggup membantunya.

BANTU MENJAGA ANAK-ANAK JIKA ANDA LIHAT ISTERI SEDANG SIBUK DI DAPUR DAN SEBAGAINYA. PASTI DIA AKAN RASA BERSYUKUR MEMILIKI SUAMI YANG BERTIMBANG RASA.

Ingat, kalau anda rasa anda sudah penat seharian bekerja, apakah anda rasa isteri tidak penat seharian di rumah?

Malah, ramai wanita yang mengaku, duduk di rumah lagi memenatkan daripada bekerja di pejabat!

Ada juga yang bersikap ego dan tidak mahu langsung membantu isteri menjaga anak-anak atau melakukan kerja rumah ketika hari cuti dengan alasan sudah penat bekerja sepanjang minggu.

ADUHAI SUAMI, ANDA KENA INGAT. ISTERI BUKAN ORANG GAJI YE. APA KATA ANDA BERI ISTERI ‘CUTI’ SEHARI DAN BENARKAN DIA KELUAR BERSAMA RAKAN-RAKAN ATAU MEMANJAKAN DIRI DI SPA.

Anda pula ambil uruskan anak-anak sendirian.

Baru anda tahu, betapa ‘mudahnya’ tugas isteri di rumah. Silap hari bulan, ramai yang ‘surrender’! Pendek kata, suami kena faham, tugas sebagai suri rumah tangga bukan mudah.

“Terima Kasih Sayang..” Isteri Suka Dengar Kata-kata Ini
Sesekali apa salahnya anda lahirkan rasa terima kasih anda kepada isteri kerana sudi menjaga anak-anak dan menguruskan rumah tangga dengan baik sepanjang anda keluar mencari rezeki.

Pasti isteri akan rasa anda menghargai dirinya.

Isteri Pantang Bila Suami Perlekehkan Dirinya.. Sedih Pun Iya
Ada suami yang anggap peranan sebagai suri rumah itu mudah hingga mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar.

Kononnya suami penat keluar bekerja sedangkan tugas isteri mudah saja, hanya duduk di rumah saja jaga anak.

HINGGAKAN SANGGUP MEMPELEKEHKAN ISTERI DI DEPAN ORANG LAIN. JANGAN BEGITU, ANDA SEPATUTNYA SENTIASA MENJAGA MARUAH ISTERI YANG SANGGUP TIDAK BEKERJA DEMI KELUARGA.

Walau pun isteri seorang suri rumah, tapi mereka juga ‘bekerja’ di rumah malah kerja mereka 24 jam tanpa henti, tanpa gaji.

Sumber: https://www.mingguanwanita.my