Wanita Ini Kongsi Diet Sihat Diamalkan Sepanjang Hamil Kembar Empat. Subhanallah Anugerah Tak Ternilai

Bergelar ibu pastinya menjadi momen paling indah dalam hidup setiap wanita. Kegembiraan itu menjadi lebih …

Bergelar ibu pastinya menjadi momen paling indah dalam hidup setiap wanita. Kegembiraan itu menjadi lebih berganda apabila melahirkan bukan seorang atau dua, tetapi empat orang anak sekaligus. Namun bukan mudah menjaga kandungan sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah waktu untuk melahirkan. Perkongsian seorang wanita Sharisa Hussein, 32 tahun di laman instagram yang selamat melahirkan kembar empat 22 Oktober lalu mengenai penjagaan diri sepanjang kehamilannya.

Menurutnya sebelum itu dia merahsiakan kehamilan kembar empat dari pengetahuan kawan-kawan dan teman sekerja sehinggalah ketika mahu melahirkan.

Walau bagaimanapun dia terpaksa memberitahu juga ketua di tempat kerjanya kerana terpaksa mengambil cuti yang banyak sepanjang tempoh kehamilan kembar empat ini.

Menamakan dirinya di laman instagram melalui akaun @sha.rissa, wanita muda ini yang juga seorang Travelouge merujuk pada tulisan di ruangan bio, kemudiannya turut berkongsi cara diet yang berkhasiat sepanjang kehamilan kembar empat berkenaan.

Menurutnya dia mendapat nasihat doktor supaya makan makanan yang berkhasiat untuk membawa kandungan serta memastikan bayi dikandung sentiasa sihat dan juga bagi mengelak daripada bersalin lebih awal.

Ini antara diet yang diamalkannya sepanjang kehamilan berkenaan.

– Avoid simple carb (intensive glycemic/sugar control)
– Eat more protein (fish, chicken, eggs etc.)
– Avoid sugary foods
– Eat lots of vegetables and fruits
– Snacking with nut-based food eg almonds, cashews etc.
– Drink 3 liter water per day (fresh milk, plain water and fruit juice without sugar)

In addition, take a daily prenatal vitamin to obtain some of the nutrients that are hard to get from foods alone, such as folic acid, iron and calcium.

Keempat-empat bayi lelaki yang sihat ini dipanggil Firas, Noah, Farouq dan Naaz ini dilahirkan secara pembedahan ketika usia kandungan 35 minggu.

Turut menggunakan tanda page #quadruplets dan ibu muda dari Johor ini tidak lokek berkongsi foto-foto menarik bayi kembar comel ini.

Ketika dihubungi, Sharisa yang juga seorang arkitek mendapat tahu dirinya hamil selepas empat tahun berumah tangga. Sama sekali tidak menyangka bahawa rezekinya hamil empat bayi sekaligus.

Malah ramai menyangka dia memang merancang untuk mendapatkan anak kembar dan turut meminta tip daripadanya. Bagaimanapun dia dan suami tidak merancang sebaliknya semuanya itu adalah rezeki dari Allah.

Dia dan suaminya juga baru menyambut ulang tahun perkahwinan ke lima beberapa hari lalu. Dan pastinya kehadiran kembar empat ini menjadi hadiah paling berharga dan tidak ternilai dari Allah SWT sepanjang lima tahun melayari alam perkahwinan.

Lagi Foto Comel #NoahSaifuddin, #FarouqSaifuddin, #NaazSaifuddin & #FirasSaifuddin

#1. fiz4.4ziz Subhanallah.. Seronoknya sis. Kembar 4. Moga ada rezeki sy nanti. In sha allah, aminnnn… Ya Allah, bestnya!!!

#2. dhamiraaziz MasyaAllah. How lucky you are to be chosen to carry 4 at once! Alhamdulillah.

#3. adeq_lieza_jaamadi MasyaAllah.. comelnyaa.. bestnya dpt baby twins…

#4. najanj MasyaAllah.. comelnye ur boys..

#5. ida_rashid_empire semoga membesar dengan sihatnya ye comel2

6. nasykhalil Semoga membesar dgn baik..jd anak yg soleh insyaa Allah..amiin

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SHA.RISSA