“Cukup Tak RM250 Sebulan?” – Nak Beli Barang Keperluan Anak, Lufya Omar Persoal Jumlah Sepatutnya

Lufya Omar ada memberikan persoalan menerusi Instagram dengan menyatakan sama ada nilai RM250.00 cukup atau tidak untuk membeli makanan dan keperluan seorang anak untuk sebulan.

Malah jelasnya, dengan jumlah sebegitu, dia juga tertanya-tanya bagaimana lagi harus berjimat.

Nak shopping diapers, susu anak, cereal, buah-buahan, brokoli, ikan, ayam, cheese, baju kasut & etc.

“Nak tanya mummies spend untuk beli makanan dan keperluan anak sorang utk sebulan berapa ekh? Cukup tak Rm250 sebulan? aduiii tak tau nak jimat macamana lagi,” tulisnya.

Di ruang komen, rata-rata netizen ada memberikan pendapat mereka.

Malah ada yang turut mengaitkan status tersebut dengan situasi yang melanda kehidupannya kini.

Terdahulu September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

Foto : Instagram Lufya Omar