Pelik mak bennci sangat dgn aku. Aku tempat mak lepaskan geram dicacci mcm anak punguut. Mungkin ini Lumrah anak sulung.

Foto sekadar hiasan. Sebak, ya itu perkataan yang terkeluar setelah membaca luahan gadis ini. Di usia yang masih muda tergamaknya ibu kandungnya sendiri melayannya sebegitu rupa. Ikuti luahannya dibawah.

Keluarga aku bukanlah keluarga idaman. Mak abah aku dah sah bercerrai tahun lepas. Sebenarnya dari kecil aku selalu kena marah dengan mak aku. Kena marah sebab yang tak logik dan tentang perkara yang sepenuhnya bukan salah aku. Tapi yelah masatu budak. Walaupun selalu kena marah aku diam je. Walaupun bukan salah aku, aku diamkan je.

Setiap kali abah marah mak aku, baran dengan mak aku, aku lah tempat mak aku lepaskan geram dan marah dia. Mak aku takkan marah aku bila abah aku ada dekat rumah. Di akan lepaskan geram bila abah aku pergi kerja masatu lah aku rasa macam aku ni anak “pungut” .

Bila abah aku takde, aku selalu kena tidur luar rumah. Aku selalu kena marah, kena tengkiing, kena pkul. Walaupun abah aku baran tapi dia tak pernah pkul aku dan mak aku. Cuma dia campak barang dan tengkiing je.

Mak aku selalu kongkong aku. Aku jarang join perkhemahan sekolah walaupun penglibatan koko aku agak aktif juga tapi bila babitkan tidur di sekolah atau di hutan ke memana mak aku akan larang sekerasnya. Aku pun tak tahu kenapa.

Paling sedih bila aku umur 15 tahun, aku join kem masa cuti sekolah. Kem ni dekat masjid, balik hari je. Tak silap dalam seminggu kot kem ni. Hari last day kami kena tidur masjid sebab ada qiamulai. Aku lupa nak bagitau mak aku, so petang tu mak aku ambil aku dekat masjid. Aku bagitau mak aku kena tidur masjid, terus berubah muka dia. Dia suruh ajak aku balik dan larang tidur masjid. Masatu aku macam, “apa salah tidur masjid ? Bukan buat benda bukan bukan pun“

Aku menangis semahunya sebab bukan dengan cara dan perasaan ni untuk aku pergi masjid. Lagipun aku nak cari pahala tapi aku rasa macam berdOsa sebab dah buat mak aku marah. Mak aku capai pintu, tolak aku dari tempat penumpang dan ya semua orang tengok. Dan aku pun terduduk atas jalan.

Dan masani ustazah datang dekat aku dan tanya kenapa jadi macamtu. Aku terus peluk dan bagitau “ saya nak tidur sini tapi saya tak bawak baju “ ustazah senyum je. Dia cakap takpe nanti dia bagi baju. Aku masuk masjid dengan muka tebal, basuh muka dan duduk dengan kawan kawan aku. Takde sorang pun kawan tanya kenapa. Mungkin sebab diorang taknak aku sedih atau rasa serba salah nak tanya.

Dan masa ni ustazah naik basikal balik rumah sewa dia untuk ambilkan aku baju. Ustazah sampai je dia bagi aku beg kertas. Aku keluarkan baju dalam tu dan aku tersentak. Ustazah bawakan aku baju muslimah berwarna ungu dan tudung labuh. Sebab masatu aku pakai tudung pendek. Jadi masatu aku rasa macam “ya Allah……….“

Dan sejak tu aku pakai tudung labuh. Masuk sekolah form 4 aku pakai tudung labuh pergi sekolah dan diluar . Dan biasalah kalau sekolah biasa gelaran ustazah tu wajib bila kau sorang je pakai tudung labuh.. Mak aku tak cakap apa pun masa aku pakai tudung labuh. Cuma ada satu perkara aku tak boleh lupa.

Mak aku ni ramai kawan jadi selalu kawan dia datang rumah. Dan masa aku hidangkan air dekat kawan mak aku, kawan mak aku tegur, “eh dah pakai tudung labuh, sejuk perut mak mengandung“ cuba teka masa ni mak aku cakap apa? Dan masani sungguh aku tak tahu apa maksud yang mak aku cakapkan tu. Mak aku cakap, “ala munafiik je ni“.

Jujur aku tak tahu apa itu maksud munafiik dan aku tak cari tau pun maksud munafiik sampai lah aku terbaca sendiri dekat facebook. Bila ada orang share maksud munafiik aku menangis semahunya sedih kecewa tak terkata. Masatu aku giveup nak berubah tapi alhamdulillah aku berjaya. Aku berjaya ubah mindset mak aku masatu.

Selepas kejadian tu hari hari aku disekolah sangatlah sukar. Aku dicop sebagai ustazah tak sedar diri. Ustaz ustazah aku dekat sekolah pun tuduh aku tanpa usul periksa. Semua anggap aku gaduh dengan pakwe padahal aku memang takde pakwe.

Habis sekolah aku mula kerja di kedai makan. Setiap kali dapat gaji aku akan terus bagi mak aku sebab mak aku nak bayar itu ini. Oh ya abah aku memang selalu takde, dan jarang bagi duit nafkah. Jadi mak aku yang tanggung semuanya. Aku pun cari kerja gaji besar sikit, sebab kerja kedai makan gaji 20 ringgit sehari. Kerja baru aku gaji sebulan 700. Memang okay sangat lah kan masatu.

Setiap bulan 700 aku gaji 700 bulat bulat aku bagi dekat mak aku. Jujur aku tak ambil satu sen pun walaupun masa remaja kan nfsu lain sikit tapi berjaya kawal. Aku ingat lagi aku minta mak aku 5ringggit sebab nak beli nasi. Aku kerja dari pagi sampai malam. Mak aku jarang giler masak selalu beli bungkus je.

Mak aku tengking aku dia cakap, “kau ni ingat aku cop duit ke. Tau nak melantak je“ jujur haritu aku tak makan apa apa lagi. Aku pun cakap, “takpelah mak“ adik aku pun marah aku. Dia cakap aku ni minta duit mak aku je tapi sumpah sepenuhnya gaji aku bagi dekat mak aku, satu sen tak ambil aku cuma nak duit makan je.

Entahlah. Aku pun tak tahu selalu ada je tak kena. Mungkin lumrah anak sulung kan? Adik beradik lain mak aku tak pernah menyumpah atau cakap bukan bukan. Kalau dengan aku, ini yang mak aku selalu cakap,

Kadang aku memang rasa syurga tu tak wujud untuk aku. Ya aku cemburu tengok kawan aku dapat keluarga bahagia, mak yang sentiasa doakan yang terbaik untuk anak dia. Aku tahu mak aku sayang aku, dan mungkin dia tak pandai nak tunjukkan sayang dia atau ego nak tunjuk.

Maaf kalau ayat berterabur dan tak tersusun. Dah lama aku pendam dah tiba masa untuk luah. Hopefully aku rasa lega cerita dekat sini setelah bertahun tahun aku pendam. Nanti aku share yang doa mak aku memang termakbul. Kata kata mak aku, semua terjadi dekat aku sekarang. Now nak tidur hehe. Terima kasih sebab sudi baca.

Semoga hidup kita sentiasa tenang dan diberkati Allah s.w.t… Sesungguhnya aku manusia biasa, banyak dOsa teramat banyak dOsa. Assalamualaikum.

Yang benar – Tiupan angin (Bukan nama sebenar) via IIUMC