Suami terbawa balik baju org lain, bila tgk muka dia slumber je aku tunjuk isyarat kat suami.

Ini kisah saya. tapi terpulang lah pada netizen nak mema ki kutuk menghiina saya ke apa. saya isteri kedua. saya cuma nk bercerita. sebelum kami nikah. isteri pertama selalu menyuruh suami kawin lagi (suami ade bukti menunjuk melalui wasap antara dia dengan madu saya) tidak tahu lah kalau wasap madu saya tu cuma menguji ke apa.

Madu saya ni jenis kasar bahasa. kalau bergduh dengan suami mem4ki h4mun bahasa kan aku hang dengan suami. jugak suka mencarut.

Dia juga pernah kata “abang kawin la lagi bole jaga abang kat sana. ayang ni sibuk dengan anak2. ” dia jugak berkata yang dia tak kisah kalau tak dapat(hubungan kela min) selama sebulan. sebab dia sibuk dan letih dengan anak2. demi allah saya tidak berbohong.

saya lihat wasap tu bila suami tunjuk kepada saya. pernah suatu kali (masa ni kami sudah bernikah) suami terbawa balik seluar dalam saya ke rumah madu terus m4du saya snap gambar seluar dalam saya dan bertnya pada suami ini seluar dalam siapa? Aku tunjuk isyarat good dekat suami!

Masa itu madu tidak tahu yang kami sudah bernikah. suami kata tidak tahu. dan maddu membalas “seluar dalam bini muda abang kot nohh” dan dia simpan seluar dalam saya lipat dengan elok sampai la suami saya ambil seluar dlam saya bawak balik bagi kat saya.

dalam wsp tu juga madu mengatakn “kalau abang ade isteri jaga la dia baik2 macam mana abagi jaga ayang” cari lah isteri yang lemah lembut yang bole jage abang kat sana. ayang ni kasaq. asal kan abang berlaku adil ayang bole terima”

Demi allah .. Saya tidak berbohong. wasap tu suami tunjuk dekat saya. suami jugak pernah bagi hint dekat maddu yang bercerita pasal pligami dengan pak saudara. m4du buat tak kisah saja. tetapi bila m4du dapat tau yang dia betoi2 dapat madu. dia dok ma ki hamun saya kata betiina jalaang. betina sunndal. bab bi sonndol apa semua. post kat fb kata2 macam2 dekat saya satu keturunan.

Saya tak pernah nak suruh suami craikn dia atau mintak nafkah yang bukan2. madu dok post kat fb kata yang saya ni perampas pemusnah rumah tangga orang. padahal suami berlaku adil setiap dua hari bergilir2. madu pun la Ni pindah rumah yang lebih besar semi dan yang lengkap semua ada. saya hanya duduk rumah flat yang bilik cuma ada dua. alhamdulillah saya bersyukur.

Madu jugak dapat nafkah setiap kali balik sana suami akan bagi rm2-3 ratus. saya cuma rm100 utk sebulan sja . alhamdulillah .. Saya terima dan bersyukur. dan saya tak pernah cemburu atau denngki. saya tau taraf saya.saya sebelum nikah dengan suami, saya adalah janda. bekas suami yang lama kaki pu kul. dan kami berce rai sebab saya minta fasakh.

sekarang ni hubungan saya dengan suami jadi panas. bila dekat asyik bergduh bila jauh jadi rindu. selalu saya mintak crai sebab kadang2 meluat tengok muka suami. kawan ada suruh pergi berubat. ya. ada orang hantar bagi kami suami isteri panas.

Suka bergduh. saya tak tau la sapa yang hantar dan saya tak nak ambil tau. sekarang ni hubungan kami goyah. tak apa la kalo setakat ini saja.

Mungkin kehadiran saya menambahkn lagi hubungan madu dengan suami lebih erat bila berpisah dengan saya nt. rezeki suami pun alhamdulillah bole beli macam2 bagi madu anak beranak. (madu saya ada anak 4) madu tidak berkerja. daripada dulu suami sesak la ni rezeki sentiasa cukop. saya bukan nak kata saya ni baik atau nk di puji baik. saya redha andai ini kesudahan nya. sebab isteri kedua ni cakap macam mana pun orang akan mengata juga.

Tapi memang apa yang saya lihat. sejak suami nikah dengan saya. m4du dapat terlebih cukop dri sebelum nya. saya tumpang gembira. tak apa la. sekarang ni pun madu dah banyak berubah. dari dulu tak makan jamu la ni dah makan jamu joging semua. berubah untuk pikat suami tu baik. untuk kebahagiaan bersama.

Abang .. Andai kehadiran sayang dalam hidup abang membuat hubungan abang dengan r menjadii lebih erat. sayang mengucap syukur kepada ilahi dan sayang tak kisah orang nak mengata apa saja tentang sayang. hanya allah taala yang tahu tentang kita. tentang semua ni. buat madu ku r .. Saya mendoakan kebahagiaan selalu. semoga menjadi isteri solehah. amiinnnn.

Sumber: ceritaohsem