Beragaklah Dalam Mengec0p Pendakwah, Jangan Tambah Minyak – PU Syed Pula Buka Mulut

“Bagi netizen, beragaklah dalam ‘mengecop’ pendakwah kerana kita tidak berada di situasi mereka.”

Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak menerusi Instagram berpesan kepada orang ramai supaya berpada-pada dalam melempar tuduhan terhadap Da’i Farhan.

Dalam satu kemas kini di IGnya, PU Syed menjawab persoalan netizen berhubung hukum mencer4ikan isteri yang sedang hamil menerusi aplikasi WhatsApp.

“Talak adalah jalan terakhir untuk sesebuah ikatan perkahwinan.

“Tidak ada perkara halal yang dib3nci Allah selain daripada talak,” tulisnya.

Bagaimanapun, PU Syed menegaskan bahawa dia enggan masuk campur urusan Da’i Farhan.

“Mohon netizen doakan agar sebarang masalah, jangan kita taburkan lagi minyak ke dalam api. Kadang-kadang, yang kecil boleh jadi marak,” katanya memberi peringatan.

Da’i Farhan semalam mengesahkan telah mencer4ikan isteri pertamanya, Fatin dengan talak satu menerusi aplikasi Whatsapp.

Nama Da’i berkenaan semakin kerap meniti di bibir warganet apabila dia mendedahkan pernah menolak 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri keduanya.

Sebelum itu, Da’i Farhan menjadi perhatian dan menerima kecaman ramai selepas menikahi janda anak lapan di Makkah beberapa hari lalu yang didakwa tanpa pengetahuan isteri pertama.

Kredit foto: IG

Dengarlah nasihat PU Syed. Yang tak berada di tempat mereka yang terbabit, tak perlulah berlebih-lebih melemparkan t0hmahan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : – CARI

Continue ReadingUS
Advertisement