Selalu beringat, pasangan kita lebih baik dari 0rang lain – Aeril Zafrel

Nama pelakon Aeril Zafrel antara yang menjadi sebutan netizen sebagai suami setia dan rom4ntis dalam kalangan selebriti tanah air sejak kisah kontr0versi seorang Da’i berkahwin dua.

Malah kehadiran cahaya mata ketiga, Ayya Soffya pada 1 Disember lalu menjadi penyeri lagi kehidupan rumah tangga dia dan isterinya Wawa Zainal..

 

Baru-baru ini, Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari memuat naik sekeping gambarnya di laman Instagram serta membuka sebarang soaIan untuk ditanyakan oleh peminat dan pengikut.

“Ada nak tanya apa-apa?”

Pelbagai jenis soalan membanjiri p0sting berkenaan, selain ramai yang bergurau senda dan mengusiik pelakon berusia 31 tahun itu.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu yang bertanya mengenai tips kesetiaan Aeril terhadap isterinya setelah enam tahun berkahwin.

Apa tips setia dalam rumah tangga?

“Selalu ingatkan dalam diri, pasangan kita lebih baik dari orang lain,” kata pelakon drama Cari Aku Di Syurga itu.

Jawapan tersebut turut dipersetujui warganet yang rata-rata mengakui dia merupakan contoh suami terbaik dan Wawa bertuah memiliki pasangan hidup seperti Aeril.

Ingat semua peng0rbanan

Untung Wawa dapat suami setia

Pasangan tersebut berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Sumber : Aeril Zafrel

Via OMM

Continue ReadingUS
Advertisement