Guna Kereta Tapi Tak Bayar Selama 8 Tahun, Isteri Da’i Tampil…

Selepas kisah mereka menjadi tatapan umum dan menjadi viraI, macam macam perkara telah timbul.Terbaru, Selepas enam tahun mencari, seorang pemuda akhirnya bertemu semula dengan kereta Kenari berwarna merah jambu miliknya yang didakwa ‘dilar1kan’ isteri kepada seorang pendakwah bebas.

Dikatakan urusannya itu dipermudahkan beberapa jam selepas postingnya mencari wanita yang dikenali sebagai Dr Aerin menjadi tuIar di media sosial Facebook.

Pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Apeh Jamal ini sungguh bersyukur oleh kerana dia berjaya mendapat semula wang RM10,000 bagi melunaskan hutang tertunggak kereta itu pada 2017 daripada wanita itu.

” Saya anggap benda ini dah selesai. Semuanya dengan kuasa netizen yang sharekan posting saya. Lagipun saya memang dah tahu boleh dapat balik duit sebab kisah perkahwinan dia tengah viraI sekarang.Akhirnya selepas mencari sejak 2013, kereta tu saya jumpa balik dalam masa beberapa jam selepas posting tuIar. Alhamdulillah dia terus transfer RM10,000 seperti yang diminta,” katanya kepada pemberita mStar.

Apeh turut berkata lagi ” dia terkejvt kerana tidak menyedari bahawa kereta tersebut sebenarnya berada di tidak jauh dari rumahnya di Ipoh, Perak sejak sekian lama.”

” Bila isteri saya pun sharekan posting itu tiba-tiba kawan dia beritahu dia kenal Aerin tu. Dia beritahu pernah nampak kereta tu dekat depan kedai Aerin dulu “dalam kawasan Taman Jati”. Saya pergi kedai siap bawa geran kereta. Kereta tu memang betul kereta saya tapi nombor plat lain. Saya pun tanya kawan dan dia check nombor plat tu tak wujud.Kereta tu berkunci tapi nasib baik ada bengkel kat sebelah kedai. Saya minta mereka bukakan. Saya check nombor chasis jadi memang betul itu kereta saya dan nombor plat tu memang plat t1pu,” katanya lagi.

Malah, Apeh juga berkata dia dimaklumkan oleh Aerin, bahawa kereta tersebut memang diletakkan di hadapan kedainya dan digunakan oleh adiknya.

” Dia kata dia bagi adik dia pakai dan letak kereta tu tepi jalan seolah-olah saya boleh nampak kereta tu. Saya cakaplah kat dia kalau nak bagi saya nampak kenapa letak plat t1pu, gunalah plat betul barulah saya boleh nampak. Kiranya selama ini dia guna kereta tu pakai nombor plat t1pu. Dah banyak kali saya post di Facebook, siap nak bagi reward siapa jumpa kereta tu tapi tapi tak jumpa-jumpa juga.

” Dah dia letak nombor plat p@lsu memang saya tak jumpalah. Memang agak terkejvt juga. Semalam dia viraI guna gelaran doktor t1pu itu. Hari ini dia guna plat t1pu pula,” jelasnya lagi.

Menjelaskan kisah mengenai insiden kereta itu dilar1kan dari Aerin, Apeh memberitahu bahawa kereta itu adalah sebenarnya dijual kepada wanita itu menerusi kaedah “sambung bayar”.

Pada tahun 2011 yang lepas, s1lapnya saya tak buat hitam putih. Dia datang office saya dengan kawan dia yang juga kawan bisnes saya. Masa itu dia baru lepas bercerrai, dia ada anak ramai tapi tak ada kereta. Kebetulan saya pula nak jual kereta tu.

” Jadi saya bagilah dia sambung bayar RM300 lebih sebulan. Dia pun setuju tapi tak adalah hitam putih pasal kawan-kawan. Tiba-tiba 2013 bank call saya beritahu dua tahun tak bayar-bayar. Saya pun post dekat Facebook pada 2013 cari dia tapi tak dapat-dapat. Tahun 2014 pun cari lagi tak dapat juga. Sampailah 2017 nama saya dah blackl1st dan nak tak nak saya kena bayar full payment kereta tu dalam RM10,000,” katanya.

Walaubagaimanapun Apeh turut berkata dia bukan la sengaja mahu membuka a1b wanita itu, akan tetapi hanya mahu menuntut kembali haknya yang lepas.

” Saya up lagi posting pada 2018 tapi tak jumpa-jumpa juga. Last-last kelmarin saya tengok video ustaz 18/19 tu, bila time interview isteri dia saya tiba-tiba macam kenal perempuan tu.”

” Saya cam dia punya gigi sebab jarang kat depan. Dalam hati macam kenai. Tengok nama dia Dr Aerin tapi dulu tak pakai tudung. Saya tanyalah kawan yang recommend dia beli kereta saya tu. Kawan tu pun cakap memang dialah orang tu.

” Saya tanya dua tiga orang lain untuk sahkan. Lepas dah confirm dia saya terus up posting dekat Facebook. Saya bukan nak buka a1b dia tapi saya nak duit saya semula RM10,000 yang telah diguna untuk settle hutang kereta dia dekat bank,” jelasnya lagi.

Sumber:monyethijau via Lubuk Viral