Saya Tak Tahu Apa Apa – Mata Ditutup, Disangka Sekadar Kejutan Hari Jadi. Rupanya Risteena Dilamar Isa Khan Di Depan Laut Bali!

Terkejvt dilamar kekasih pada 23 November lalu, pelakon Nur Risteena Munim terh4ru dan seb4k apabila pelakon Isa Khan mahu mengikat tali pertunangan bersama.

Memilih lokasi Bali, Indonesia, Isa telah menyuarakan isi hatinya kepada Risteena di hadapan lautan Bali dengan menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan.

Pasangan ini ditemui di Bora Ombak, Putrajaya baru-baru ini sempena majlis sambutan hari jadi Risteena.

“Sejujurnya, perkara (lamaran) tu dilakukan pada saat-saat terakir. Saya rasa ia sesuatu yang ‘g1l@’ kerana saya merasakan ia terlalu pantas, tetapi dalam masa sama, ia merupakan satu memori indah yang pernah saya lakukan seumur hidup saya.

“Sebelum itu, saya ada berjumpa dengan keluarga Ris dan minta restu sebelum berangkat ke Bali. Alhamdulillah, mereka setuju dan izinkan,” kongsi Isa.

View this post on Instagram

Aku punya mimpi untuk berada di dalam setiap kisah dongeng sewaktu kecil. Di mana ada Princess dan Prince charming dalam setiap kisah dongeng itu. Namun, setelah dewasa, aku mulai sedar bahawa kisah dongeng itu hanya wujud di alam fantasi, bukan reality. Ternyata setelah aku bertemu kamu, kisah fairytale aku menjadi kenyataan. Terima kasih, Cinta. Kamu telah menjadikan impian fairytale aku benar-benar wujud. Pada tanggal 23 November, aku telah dilamar di tengah lautan Bali. Aku tak pernah sangka saat itu akan berlaku dalam hidup aku. Semoga reality indah ini akan menjadi ingatan dalam hidup aku dan dia. Tak dapat digambarkan pengorbanan dia untuk arrange semua ni di Bali. Pada mulanya cuma sangka trip ke Bali hanya untuk Birthday present trip. Rupanya semuanya telah diatur lebih awal. Sehingga dia tak cukup tidur kerana menjadi seorang yang terlalu perfectionist. Kamu tidak pernah ragu-ragu untuk mengatakan perasaan cinta kamu pada aku. Kamu sentiasa beritahu kamu sayang aku, tanpa jemu. Kamu bangga ada aku sepertimana aku bangga adanya kamu. Tidak semua ada keberanian untuk mengucapkan perasaan cinta depan khalayak ramai. Tapi kamu membuktikan kamu bisa lakukan kerana perasaan cinta kamu terlalu kuat untuk aku. Teruskan menjaga aku, melindungi aku, membahagiakan aku seperti sekarang. Terima kasih, Cinta. Teruskan menjadi orang yang sama yang telah buat aku jatuh cinta dengan kamu hari demi hari. Tidak mungkin ada yang boleh mencintai kamu lebih dari aku kerana cinta ini telah terlalu dalam untuk kamu. I love you, Cinta🌹

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Sementara itu, Risteena,30, merasakan ia bagaikan mimpi kerana dilamar sedemikian.

Malah, kejvtan itu turut dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

“Saya tak tahu saya akan dilamar oleh Isa di Bali, ketika kejvtan itu dilakukan, mata saya ditutup dan saya sangkakan ia hanya sekadar kejutan untuk hari jadi saya kerana Isa beritahu saya hanya sambut hari jadi di sana dan mahu hilangkan stress sebagai hadiah hari jadi.

“Saya memang tak tahu apa-apa langsung. Sepanjang berada di Bali, saya dan kakak Isa bersiar-siar di Bali dan saya tercari-cari juga dimana Isa?

“Rupanya-rupanya seharian dia membuat plan untuk memilih lokasi terbaik bagi melamar saya seperti di atas gunung,di pantai; dia sanggup buat apa sahaja semata-mata mahu gembirakan saya,” kata Risteena kepada MH.

Pasangan ini mula berkenalan berkenalan lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit yang bersiaran di RTM.

Pada majlis tersebut, Risteena turut meraikan hari jadinya yang dihadiri kira-kira 100 tetamu.

Sumber : MH via TubeViral