Ramai salahsangka , Dr Aerin cerita perkara sebenar tentang kereta kenari

ISTERI kepada pendakwah bebas Da’i Nik Farhan, Dr Aerin tampil menjelaskan dakwaan dia ‘melarikan’ dan menyembunyikan sebuah kereta Perodua Kenari berwarna merah jambu yang dibeli daripada seorang pemuda pada 2011 dengan cara menukar nombor plat pendaftaran.

Menerusi satu posting di Instagram, ibu kepada lapan anak itu berkata tidak sepatutnya timbul dakwaan dia mencuuri kereta tersebut kerana ia diletakkan secara terang-terangan di hadapan kedainya.

“Kalau cuuri saya buh (bubuh) dalam gudang jual spare parts apa yang patut. Tapi saya ni takut juga nak m4ti nanti tak habis dengan manusia. Sangkut saya nanti.

“Thank you very much pada semua yang tolong viralkan isu kereta ni. Kuasa viral ni memang terbaik. Dari situ dapatlah kita kena akhlak seseorang tu. Thank you sekali lagi memudahkan kerja saya,” katanya.

Malah kata Aerin lagi, dia telah membuat bayaran bulanan kereta yang dibelinya itu daripada seorang kawan sehinggalah bakinya tinggal RM9,000.


Aerin membuat penjelasan mengenai kes kereta Kenari yang dibelinya menerusi satu posting di Instagram.

“Kereta ni saya ambil sambung bayar dari kawan. Saya bayar tiap-tiap bulan sampai baki kereta RM9,000.

“Saya nak minta geran untuk buat roadtax tapi owner tak bagi. Agak payah untuk saya time tu nak cari owner sebab saya dah hilang nombor contact owner dan saya pun bukan duduk Ipoh dah,” katanya.

Disebabkan itu, Aerin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi berkata dia tidak lagi meneruskan bayaran bulanan kereta itu.

Nombor (plat kenderaan ) tu roadtax hidup lagi tapi memang selamatlah kereta tu. Tak ada orang cuuri dah bertahun dok depan kedai saya tu.

NOORAINUL NAQIM MOHD RADZI.

“Saya pun letak kereta tu depan kedai saya je di Ipoh tu dekat sangat dengan rumah tuan kereta.

“Dengan harapan saya owner kalau lalu lalang ternampak kereta macam dia mai la check ke apa sebab saya memang ada letak kad bisnes saya dalam kereta tu. Apa-apa boleh call saya,” katanya.


Geran kereta Perodua Kenari milik Apeh yang dikongsi dalam satu video di Facebooknya.

Mengenai dakwaan penggunaan plat palsu, wanita berusia 40 tahun itu memberitahu adiknya meletakkan nombor plat lain kerana tidak mahu orang lain fikir kereta itu adalah besi buruk.

“Nombor (plat kenderaan ) tu roadtax hidup lagi tapi memang selamatlah kereta tu. Tak ada orang cuuri dah bertahun dok depan kedai saya tu.

“Lani dah bayar habis dia (owner) tak nak bagi juga geran sebab nak settle tukar nama. Tak pa kita ikut,” katanya.

Tambah Aerin lagi, dia akan menunggu semua kos untuk membaiki kereta itu untuk urusan Puspakom.

“Harap kereta tu akan bertukar nama sayalah. Harap owner betul-betul ikhlas. Aamiin,” katanya.

Posting Apeh yang memaklumkan sudah menjumpai wanita yang didakwa melarikan kereta Kenarinya.

Pada Ahad lalu, seorang pemuda yang dikenali sebagai Apeh Jamal mendedahkan Aerin sudah membayar semula wang RM10,000 bagi melunaskan hutang tertunggak kereta itu pada 2017 beberapa jam selepas kisah kereta itu tular di Facebook.

Apeh berkata dia sudah sekian lama mencari Aerin tetapi gagal sebelum urusannya dipermudahkan susulan kisah perkahwinan wanita itu kecoh diperkatakan baru-baru ini.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue ReadingUS
Advertisement