Byi 25hari mennggal slps disuap ibumertua. Usus dan perut byi hampir pcah krn disuap sesuatu seakan nasi

Gambar sekadar hiasan. Momen menanti kelahiran cahaya mata pasti antara yang ditunggu kebanyakkan pasangan yang telah bernikah.

Si ibu pasti teruja untuk melihat dan bersama dengan anak yang dikandungnya selama 9 bulan.

Tular di laman Fcebook Info Ibu Hamil, perkongsian tentang byi berusia 25 hari meningggal semasa si ibu berpantang di rumah mertuanya.

Lebih meruntun hati, pemergian si byi adalah disebabkan tindakan si ibu mertua yang telah memberinya makan. Ikuti perkongsiannya dibawah.

Seusia 25HARI diberi makan dan akhirnya.

#KisahBenar

Assalamualaikum. Sekadar perkongsian peristiwa yang terjadi pada diri sendiri. Tangal 20 April saya selamat melahirkan anak secara czer sebab bby dah tertelan najjis.

20 hari duduk di wad dan on antibi0tik. Saya berpantng di rumah mertua. Pada awalnya semua berjalan lancar walau sakit tetap gagah ulang alik ke hospital untuk susukan anak.

Husband janji lepas anak keluar ward nak hantar saya berpantang rumah mak saya. Sebab saya tak selesa di rumh mentua dengan keadaan yang amat bising.

Akhirnya anak alhamdulilah dapat keluar. Saya ingat husband terus hantar balik kampung rupanya tak. Terus balik rumah mak die, saya pujuk hati takpe nanti die hantar (rumah mak saya).

Seminggu anak balik macam macam saya hadapi. Dengan keadaan rumah bising, dengan anak anak saudara die yang terlalu buas sampai baby saya selalu menangis sebab tidur tergangu.

Kadang kadang sengaja buat bising nak suruh baby saya bangun. Time ni emosi saya mula tergangu dengan berjaga malam. Anak asyik menangis dan part paling serabut ibu mentua dan ayah mentua dah mula bising suruh bagi anak makan. Katanya anak menangis sebab lapar.

Bby berusia “25 HARI” besar mana perut.?? Mula mula saya tak endah, tapi tiap kali bby nangis, mereka paksa husband dan paksa saya suruh bagi anak makan.

Husband tak layan begitu jugak dengan saya. Mula la membebel cakap saya ni tak nak dengar cakap.

Orang dulu dulu ok je bagi anak sekecil itu makan. Saya mula hampir hampir meroyan. Suami dah kena pergi kerja.

Satu hari entah macam mane saya terlelap ibarat gunung berapi pon tak sedar (sebab berhari hari tak tidur).

Bila saya sedar, tengok bby tak ada rupanya ade dengan ibu mentua die siap cakap,

“Ni anak ko dari tadi melalak sekarang dah kenyang tu la mak suruh bagi makan tak nak, tengok mak bagi molek je diam.”

Perasaan saya waktu tu luruh jantung saya ambik bby dan dakap sambil nangis.

2 hari lepas tu bby asyik menangis dan demam. Malam tu dia menangis tanpa henti. Muka dah kebiruan, cepat cepat hantar ke hospital.

Sampai sana (hospital) anak dah nywa nywa ikan. Mengucap panjang doktor bila tahu byi seusia 25 HARI diberi makan dan akhirnya anak saya pergi untuk selamanya sejam kemudian.

Doktor cakap usus dan perut anak hampir peccah, di suap seakan nasi.

Dan untuk pengetahuan semua, INI BUKAN KISAH REKAAN, INI YANG BARU TERJADI DALAM HIDUP SAYA.

Hampir 4 bulan telah berlalu tapi terlalu sukar untuk saya maafkan ibu mentua, kejjamkah saya..??

Reaksi warganet.

Perkongsian di atas telah mendapat reaksi hangat dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Bunga Querida –Jangan kan nasi, air masak pon tak boleh, tu sebab perlunya ilmu. Dahlah si ibu penat mengandung, sakit nak beranak, nak hadap perangai mentua cam hram lagi pastu bby dah mennggal. Suami pun macam pak pandir. Semoga awak kuat kan diri, banyakkan istifar .

Nur Syafiqah Marlee –Entahlah. Nak mengandung nak dapat anak bukan senang. Senang2 je family mertua buat macamtu. Kalau family mertua mintak maaf dan menyesal ye boleh bagi peluang.

Tapi kalau sama jugak memang buat report polis sebab yelah anak jadi begitu. Suami pon tak bagi support apapun takziah dan tabahlah dengan dugaan ni. Mungkin ada hikmahNya.

Nadhirah –Kadang2 tak semua yang orang tua cakap tu betul dan perlu diikut. Sebab tu saya klau bawa bby ke mana2 yang ada ramai orang lama ni saya cukup berjaga2.

Biar lah orang kata ape pun. Itu anak kita. Moga sis tabah dan Allah gantikan yang lebih baik. Aamiin

Aina Mardhiah –Ya allah bersabar lah ibu. Yang ni sejenis ikut sangat orang tua2 dulu. Hilang sabar pulak saya bila dengar kena macam ni.

Suami kena main peranan penting bila isteri tengah berpantang. Bukan nak derhaka pada ibu tapi isteri tu kena utamakan jugak. Kalau saya memang dah lari rumah duduk rumah mak sendiri lepastu tak payah cara dah hal keluarga sana.

Nor Hafizah Azmi –Boleh kot dah sebenarnya kalau bby mti disebabkan bnda macam ni dituduh membnuh. Kalau bby dalam rahiim diguggurkan tak boleh, bby dah keluar dan dibuat macam ni patut terima hkuman jugak.

Kalau saya, saya pun tak dapat terima. Saya paling tak suka orang suruh dan paksa suruh terima sebabkan dia MAK sahaja.

Saya faham perasaan puan. Ambil masa sebanyak mana pun untuk anda heal. Anak puan mti sebab dia. Kandung 9 bulan akhirnya mti dsebab kebdohan manusia.

Harap puan tabah sangat2. Jangan langsung jumpa ibu mertua selagi hati tak sembuh lagi. Biar ibu mertua puan tahu apa dia buat tu sangat serious.

Cik Nanadz –Sedih nya baca. Sabar banyak2, positive kan diri cakap semua ada hikmah, baby dah tunggu awk kat sana. Die akan tolong tarik awak masuk syurga nanti.

Pasal mak mertua pelan2 lah kita pujuk hati. Sebab selagi kita berdendam kat orang, selagi tu kita yang sakit sendiri ingat perbuatan dia. Lepas ni kalau rezeki ada anak lagi. Usaha kan balik pantang rumah mak sendiri. Sabar kan diri banyak2 ya. Simpati dengan awak..

Menerusi carian google, kisah byi 25 hari ini sebenarnya pernah tular pada tahun 2018 yang lepas melalui laman Kisah Rumah Tangga.

Namun, kisah sebegini wajar kita jadikan teladan supaya tidak berulang lagi di masa hadapan.

Jikalau anda pernah ingat, kejadian seperti ini turut pernah tular di negara seberang. Dimana, kerana kecuaian seorang warga emas telah menyebabkan byi yang baru lahir mennggal dunia selepas disuap dengan bubur pisang.

Menurut Lia Imelda Siregar, kejadian itu berlaku pada November tahun lalu di Kuala Simpang, Indonesia.

Lia menasihatkan ibu bapa dan penjaga tidak mengulangi kesilapan warga emas berkenaan dan haruslah diketahui bahawa byi berusia enam bulan ke bawah tidak digalakkan diberi makan makanan pejal kerana usus mereka masih belum mampu menghadam makanan pejal.

Jadikanlah kisah kisah sebegini sebagai peringatan buat kita semua. Kongsikan, moga bermanfaat.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue ReadingUS
Advertisement