Amboi, Bukan Main Lagi. Peminat Cemburu Lihat Kemesraan Elizabeth Tan Sama Idris Khan, Mengapa Tu?

Penyanyi, Elizabeth Tan ada berkongsi satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi aplikasi perkongsian foto tersebut, penyanyi berusia 26 tahun itu dilihat cukul mesra bersama rakan pelakon Idris Khan.

Dalam pada itu, penyanyi Polis Entry itu turut menitip kata ucapan hari jadi kepada aktor tampan berkenaan.

β€œBila org buat mcmni korang rasa cute ke annoying? Btw happy birthday Idris!,” tulisnya.

Lalu, perkongsian Elizabeth yang mesra disapa Lizzy itu menjadi perhatian dan mendapat pelbagai reaksi peminat.

Untuk rekod, Lizzy telah dilahirkan pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur.

Video: Instagram Elizabeth Tan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!