Dr Amalina kecewa tiada tindakan diambil. Pendakwah bebas, isteri dikec4m perguna agama

BELUMPUN reda isu mengenai title doktor yang disalahgunakannya, kali ini isteri kepada pendakwah bebas Da’i Nik Farhan, Dr Aerin bikin panas lagi.

Menerusi posting terbaharunya di Instagram, ibu anak lapan itu berkongsi mengenai kejayaan suaminya memperoleh Diploma Perubatan Islam.

Malah dia dilihat begitu bangga dengan pencapaian suaminya itu sekali gus menangkis kata-kata netizen yang mendakwa perubatan Islam tidak setanding perubatan moden.

“Pendek kata kalau nak belajar real punya perubatan kena kenal asal usul manusia dulu, kenal diri dulu. Agama dah kata semua penyakit ada penawarnya kecuali m4ti.

“Hebat mukjizat al-Quran ni bagi orang yang ingin mengetahui, beruntunglah orang-orang yang dah tahu menggunakan mukjizat agong ini.

Posting terbaharu Aerin mengundang kec4man netizen.

“Ada ke mana-mana modern medical yang berani claim semua peny4kit ada ubat kecuali m4ti? MasyaAllah Islam 1,400 tahun dulu lagi dah terang-terang kata ada ubat untuk semua peny4kit kecuali m4ut tapi nape orang tak mahu kaji mukjizat ni?,” tulisnya.

Namun perkongsian Aerin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi akhirnya mengundang reaksi kurang senang di kalangan netizen.

“Takutnya tengok dia boleh claim benda yang dia buat tu mukjizat. Elok kena pan4h petir je lah dia ni. Dan dan ustaz tu pun dapat Diploma Perubatan Islam. Berguru tak pernah salah. Yang salah bila salah guru macam ni. Adei,” tulis Zainab.

Saya memang tidak boleh melihat orang yang mempergunakan agama untuk meniipu dan mengaut keuntungan.

DR AMALINA CHE BAKRI.

“Ni buat course dip ni dah daftar under KPM belum? Hati-hati adik-adik. Nanti bukan setakat MQA tak lepas, course pun tak legit. Still waiting her response regarding alleged fake doctor title. Tak berani pusing macam isu kereta curi tukar plat no tu ke?,” kata Garfield.

“Hahaha macam tu ke bentuk sijil Diploma? Dah macam buku scrap adik aku masa darjah 4,” tulis Shahira.

Reaksi netizen berhubung posting Aerin yang tular di Twitter.

“Takat print besar Diploma Perubatan Islam, aku pun boleh. Bukan takat diploma, PHD pun aku leh buat. Modal ink printer dengan kertas je,” kata Jannah.

Perkongsian itu turut menyebabkan netizen melabelkan pasangan suami isteri itu mempergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.

“Penungg4ng agama ada macam-macam sekarang. Semuanya perlu ditentang habis-habisan.

“Dari prasangka yang buruk nampak macam nak perguna suami untuk menunggang lebih laju. Hahaha maaf tak boleh nak bersangka baik lagi dah,” kata seorang netizen.

Dalam pada itu, pakar bed4h kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di London, United Kingdom, Dr Amalina Che Bakri turut meluahkan rasa sedih melihat perkara itu berlaku secara berleluasa di Malaysia tanpa tindakan tegas diambil.

“Saya memang tidak boleh melihat orang yang mempergunakan agama untuk menipu dan mengaut keuntungan.

“Walaupun saya banyak kekurangan dari segi agama, tidak sama sekali saya akan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain,” katanya.

Tweet Dr Amalina mendapat sokongan ramai yang turut bersetuju dengan pendapatnya.

Tweet itu mendapat perhatian netizen apabila meraih 15,600 ulang kicau dan 25,500 tanda suka.

Rata-rata netizen menyokong kenyataan Dr Amalina.

“Setuju! Peniaga yang tak bertanggungjawab ini telah memperlihatkan imej dan intipati ajaran Islam yang salah bukan saja buat non muslim tapi juga kepada muslim seluruhnya. Kadangkala benda quran atau sunnah tak cakap pun tapi puak ni memandai-mandai pula tokok tambah demi meraih keuntungan,” kata Xennials.

Point Dr Amalina ni dia nak bagi kesedaran jangan mudah tertiipu dengan orang yang gunakan agama untuk tujuan perubatan ni. Tengoklah makin banyak produk-produk yang gunakan agama dalam perubatan tanpa ada kajian saintifik. Pastu meniipu boleh sembuhkan macam-macam penyakit,” kata Luqman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Continue ReadingUS
Advertisement