Jangan Gerak Nanti Tersalah Cvcvk. Alahai Manjanya Intan Najuwa Merengek

Pelakon Intan Najuwa terpaksa ditenangkan oleh orang di sekelilingnya sewaktu dia mengambil suntikan vaksin meningokokus bagi memenuhi syarat sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkongsi pengalamannya itu menerusi satu entri berbentuk video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Kebetulan tadi ada penggambaran di hospital. Alang-alang ambil suntikan sebelum pergi umrah. Ha hambik satu produksi kena pujuk heret tak nak bagi takut @shah_peel @aniezajaafar Dasarrr penakut,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Apa yang mencuri tumpuan netizen apabila Intan merintih meminta tolong apabila sewaktu berada dalam bilik rawatan.

“Sakit tak? Haaa..panjangnya jarum! Mommy, tolong!! Sakit..sakit..sakit..,” jerit Intan sewaktu ingin disuntik.

Ekoran itu, orang sekeliling yang menemaninya ketika itu meminta Intan terus kekal bertenang bagi mempercepatkan proses suntikan vaksin berkenaan.

“Jangan gerak nanti tersalah cvcvk!,” kata salah seorang individu.

Bahkan, terdapat jururawat lain juga terpaksa terpaksa datang menenangkan pelakon Gantung The Series tersebut.

“Jangan keraskan tangan, bismillah..sikit je lagi..sikit je,” pujuk jururawat berkenaan sambil menggengam telapak tangan Intan.

Perkongsian video tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ramai yang terhibur dengan gelagat Intan yang rupa-rupanya seorang yang takutkan jarum suntikan.

“Saya yang jenis kasar pun bila kena cvcvk tiba-tiba rasa seriau.. hahaha bukan takut tapi risau,” tulis salah seorang pengikutnya.

Cute gila sis


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Continue ReadingUS
Advertisement