Rasa Nk Buat N0vel Cinta Pengkiid Tak Kesampaian. Isteri Dai Farhan Perli Siapa ?

Isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin memuat naik entri berbaur sinikal ketika sedang bercuti di Korea Selatan.

Mengambil inspirasi daripada kisah cinta daripada Winter Sonata dan Ainul Mardhiah, tulis Dr. Erin, dia ingin menghasilkan novel cinta tak cliche seperti kebiasaan.

“Percintaan Winter Sonata atau Ainul Mardhiah. Aduh siap ada nak buat novel bagai ni, ada tak orang nak buat filem ke drama ke?

“Kalau ada mari sini nak tambah sedap. Kadang-kadang yang tersurat belum tentu yang tersirat.

“Takat isteri teraniaya, nikah dua cerai tu biasa duk dengar. Ini lagi best memang kalau buat novel boleh menang anugerah,” tulisnya.

Dalam entri sama, Dr. Erin mahu menghasilkan kisah cinta luar norma manusia biasa.

“Tiba-tiba terasa nak buat novel kisah percintaan pengk*d yang tidak kesampaianlah.

“Kerana dendam kesumat akibat kekasih hati dikahwini lelaki straight, si pengk*d pun berusaha untuk meruntuhkan rumahtangga si kekasih hati.

“Kekasih hati pun beriya-iya cuba menyelamatkan si pengk*d itu tanpa menghiraukan si suami.

“Rasa-rasa adakah cinta ini boleh mengatasi cinta Winter Sonata dan Ainul Mardhiah?” tambahnya.

Dr. Erin bagaimanapun masih menutup ruangan komen pada akaun media sosial Instagramnya sejak beberapa minggu lepas.

Pasangan itu kini sedang meluangkan masa bersama bercuti di Korea Selatan bersama kelapan-lapan anak daripada perkahwinan terdahulu Dr. Erin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!