Dalam Akaun Saya Hanya Ada RM250. Datuk AC Mizal K0ngsi Pengalaman Di Awal Perkahwiinannya.

Pengacara popular, Datuk AC Mizal memberitahu dia pernah mengalami saat g3tir sehingga baki dalam akaun simpanannya hanya tinggal RM250 sahaja.

Menurut AC, pengalaman g3tirnya itu dialami ketika awal perkahwinannya bersama isteri, Datin Emylia.

“Saya masih ingat pada awal perkahwinan saya dahulu, isteri sudah sarat mengandung, tunggu masa untuk melahirkan.”

“Pada waktu itu, dalam akaun saya hanya ada RM250, fikir punya fikir macam mana nak tanggung kos isteri bersalin, Alhamdulillah saya diberi job oleh seorang kawan,” katanya ketika ditemubual dalam program Currhat episod 2 pada Isnin.

Tambah AC, wang yang diperoleh dari pekerjaan itu hanya cukup untuk menampung kos untuk isterinya bersalin secara normal sahaja.

“Nak dijadikan cerita, tiba-tiba doktor beritahu isteri saya kena menjalani operasi caesarean, waktu itu terus fikirkan kos yang berganda!”

“Selepas isteri selamat bersalin, termenung saya memikirkan wang yang tak cukup seribu lebih lagi, di sini, saya harus berterima kasih kepada seorang kawan dari Ipoh yang sudi meminjamkan wang waktu itu,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan Currhat yang ditayangkan pada setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro PRIMA (saluran 105) dan PRIMA HD (121).

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber : Gempak