Saya Sudah Cuba Tapi Hidayah Itu Belum Tiba. Enggan Dilabel Hip0krit, Ernisya Tidak Lagi Berhiijab.

“Ssya mengaku sudah tidak lagi berhijab kerana bukan mudah untuk membawa imej wanita muslimah,” kata bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, Erni Nurshahira Khairul Zaman atau Ernisha mengenai keputusannya itu.

Ernisha ketika dihubungi berkata, keputusannya itu dibuat kerana enggan mempermainkan agama selain tidak mahu dilabel sebagai wanita mun4fik atau hip0krit.

“Saya memang nak bertudung tapi sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah.”

“Saya akui sebelum ini saya memang ‘on and off’ berhijab hingga ramai mempersoalkan penampilan diri yang sebenar.”

“Saya enggan dilabel sebagai wanita mun4fik atau hip0krit membuatkan mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab. Kec4man yang diterima membuatkan saya rasa diri ini sangat j4hat dan seolah-olah sedang mempermainkan agama,” katanya.

Menurutnya, meskipun keputusan tidak berhijab dit3ntang ahli keluarga, namun dia cuba berterus-terang mengenai ketidaksediaannya itu.

“Sudah tentu keluarga tidak boleh terima dengan keputusan ini tapi saya cuba terangkan dengan sebaik mungkin dan memberitahu perkara sebenar.”

“Syukur keluarga memahami dan sentiasa mendoakan supaya saya punya kekuatan satu hari nanti untuk berhijab sepenuhnya.”

“Dulu pun ketika menyertai Dewi Remaja, ibu yang meminta saya berhijab kerana bakal mengintai peluang dalam bidang seni meskipun hati belum bersedia ketika itu. Saya sudah cuba tapi hidayah itu belum tiba,” katanya.

Katanya, dia berharap orang ramai tidak lagi terus meng3cam dirinya sebaliknya mendoakan supaya imannya kuat untuk berhijab pada masa mendatang.

Dalam perkembangan lain, Ernisha kini sedang mengintai peluang dalam bidang lakonan dan sudah membintangi beberapa drama bersiri serta telemovie di RTM selain turut aktif menerima tawaran pengacaraan.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: hmetro

Continue ReadingUS
Advertisement