Bila Allah kata hidayah itu dah sampai itulah dia. Amyra Rosli dedah kisah penghijrahannya

Pelakon Amyra Rosli sekarang ini dilihat tampil ayu dengan mengenakan hijab. Pada Oktober yang lalu, Amyra dan Amar telah menunaikan umrah dan selepas pulang dari umrah, penampilan Amyra yang berhijab mengejvtkan para peminatnya. Malah ada yang berteka-teki kerana Amyra sendiri tidak memberikan sebarang kenyataan tentang penghijrahannya.

Melalui temubual yang dibuat bersama sebuah portal, Zayan, Amyra akhirnya telah membuat pended4han tentang penghijrahan yang dikatakan agak mengejvt itu. Beberapa soalan telah ditanya semasa temubual tersebut untuk memberi penjelasan kepada para peminat Amyra.

Menurutnya, penghijrahan beliau membuatkan peminat berasa keIiru kerana dalam masa yang sama beliau sedang mempromosikan drama Cemburu Seorang Perempuan di mana beliau memegang watak seorang wanita bertudung. Ketika itu juga beliau telah menunaikan umrah bersama keluarganya.

Merasakan banyak yang perlu diperbaiki dan masih belajar menyebabkan beliau takvt untuk memberitahu kepada para peminat. Padanya, biar mereka sendiri lihat perubahan yang berlaku melalui sosiaI media IG. Bukanlah sesuatu yang kekok untuk beliau memakai tudung kerana kebanyakan watak yang dibawa memerlukan beliau memakai tudung.

Saat beliau merasakan perlu untuk memakai tudung sepenuhnya hadir setelah pulang dari umrah dan rasa janggaI apabila tetamu lelaki datang ke rumah dan beliau tidak memakai tudung. Ketika itu Amyra merasakan, itulah masa dan waktu yang Allah ingin tunjukkan.

“Myra sendiri pun taktahu kenapa aku mesti terus menutup aur4t tak ada berbincang dengan su4mi ke dengan mama ke tak ada tapi macam, bila Allah kata hidayah itu dah sampai itulah dia”.

Dia tidak menoIak soalan-soalan yang bermain difikiran sekiranya karier sebagai pelakon akan turut mendapat kesan. Melihat kepada ikon seperti Neelofa, Miss Nina dan Vivy Yusuf, Amyra yakin masih ada rezekinya di dalam bidang seni.

Amyra turut berterima kasih kepada su4mi dan ahli keluarganya yang memberikan sokongan yang kuat kerana bukan mudah untuk membuat keputusan secara dr4stik begini. Amyra juga memohon agar para peminat mendoakan yang terbaik untuk beliau agar terus istiqomah dalam penghijrahan ini.  InsyaAllah.

SUMBER – hai.mehbaca

Continue ReadingUS
Advertisement