Bermula dengan pegang watak bertudung, buatkan Zila Bakarin selesa teruskan berhijab

Nama Zila Bakarin tidak asing lagi dalam industri drama tempatan, sering mendapat watak antagonis, lakonan jah@tnya pasti membuatkan penonton ‘naik ger@m’.

Kembali ke zaman di awal kemunculannya, imej s3ksi Zila suatu masa dahulu pernah menjadi bualan ramai. Terkini, menjengah ke laman Instagram pelakon itu, ternyata Zila rupanya sudah mula berhijab.

Makin selesa berhijab…

Mula mengenakan hijab hanya di dalam set lakonan sahaja, nampak Zila berasa selesa dan kini terus istiqamah apabila dilihat muat naik terbarunya di IG, kesemuanya memaparkan dia dalam keadaan berhijab.

Difaham Zila mula berhijab di awal bulan November hingga kini, tidak dapat dinafikan pelakon tersebut nampak selesa dan lebih ayu dalam imej yang menutup avrat.

Alhamdulillah cantik sangat kak

Imej barunya juga mendapat pujian ramai, rata-ratanya suka meliha dia sudah mula berhijab dan mendoakan agar dia terus istiqamah.

Lawa sangat bertudung…

Manis jer tutup avrat…

Baru sebulan bertudung, doakan yer

Manusia itu mampu berubah, pokok pangkal pada hatinya. Kita pula janganlah hanya menilai berdasarkan luaran sebaliknya cuba melihat orang lain daripada sisi baiknya juga.

Sumber : Zila Bakarin Via OMM