Episod Ter4khir, Malam Ter4khir.. Neelofa seb@k tinggalkan MeIet0p

Nama Neelofa sudah terlalu besar dan tidak perlu lagi diperkenalkan. Semasa rancangan MeIetop diperkenalkan tujuh tahun lalu, beliau bersama-sama Nabil menjadi teraju utama menaikkan nama MeIetop hingga ke tahap sekarang. Boleh dikatakan ini antara kejayaan yang terbesar buat Neelofa malah tidak keterlaluan kami katakan rancangan inilah yang menaikkan nama Neelofa.

Awal bulan lalu, Neelofa telah membuat satu kejvtan di mana beliau tidak lagi akan menjadi pengacara untuk rancangan tersebut atas sebab-sebab tertentu. Menurutnya, ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana MeIetop sudah menjadi sebahagian dari hidupnya. Walau bagaimanapun beliau harus melangkah untuk terus meneroka dan mencari sesuatu yang baru.

Hari ini merupakan hari terakhir Neelofa mengendalikan rancangan Meletop. Suasana yang agak suram dan sedih dengan pembukaan lagu Cinta Luar Biasa yang disampaikan oleh Nabil. Neelofa dilihat sebak walau cuba mengalihkan pandangan. Antara tetamu undangan yang hadir adalah Zizan Razak, Youtuber Syahmi, Yoe dan Asif, ahli keluarga Neelofa sendiri dan juga tetamu istimewa Hans Isaac.

Keluarga Neelofa sendiri terkejvt dengan keputusan yang dilakukan oleh Neelofa kerana selama ini Neelofa sangat komited memberikan yang terbaik untuk rancangan ini. Tetapi walau apa pun keputusan yang dibuat, mereka pasti Neelofa ada sebab yang kukuh dan tersendiri dan akan terus memberikan sokongan. Nabil tidak dapat menahan rasa sebak mendengar ucapan terima kasih dari Neelofa yang mengucapkan terima kasih buatnya.

Diakhir rancangan Neelofa sudah tidak dapat menahan kesedihan yang ditahan untuk malam ini. Kami ucapkan agar kerjaya Neelofa akan terus berkembang maju. Kami percaya ada sesuatu yang lebih besar yang akan beliau berikan untuk para peminatnya. Tahniah kerana telah berjaya menaikkan nama MeIetop hingga ke tahap ini dan jadi antara rancangan yang ditunggu-tunggu setiap hari Selasa. Siapalah agaknya yang akan menjadi pengganti Neelofa nanti.

Nama Neelofa juga turut trending di twitter dimana rata-rata warga twitter turut merasa sedih akan kehiIangan seorang figura yang selalu menceriakan semua dengan gelak tawa dan fesyen yang sering ditonjoIkan.

Sumpah i nangis tengok lofa last episod..#thankyoulofa

I still remember neelofa said “gabungan juara dewi remaja dan raja lawak” kalau fikir balik, macam pelik, tapi after 8 tahun it is success gais. And whatever you do @Neelofa after this, May Allah bless you and always be a successful woman in dunia and hereafter.

Sedihhhh betul saya meIetop start tahun 2020 neelofa tiada sudahhh gabungan chemistry antara nabil & lofa tiada ganti.

Jarang tengok #Meletop, tetapi diakui Nabil dan Neelofa sangat serasi sebagai pengacara bersama. #thankyouLofa , tetap rindu keletah Lofa dan Nabil. Semoga sukses..

Vide0 :

Sumber : IG MeIetop & Twitter by Media Cite Heboh