Suara minta tolong di Bukit Putus, 2 beradik berhenti kereta muncul kelibat wanita reentng

KISAH mengenai Bukit Putus sememangnya cukup popular dalam kalangan penduduk Negeri Sembilan terutamanya bagi pengguna jalan raya yang mahu menuju ke Kuala Pilah dari Seremban.

Penduduk tempatan menggelar laluan itu jalan ular seperti kata pepatah Bak Ular Kena Palu kerana mempunyai 32 liku.

Ia juga agak sempit dan gelap pada waktu malam menyebabkan tidak ramai orang berani melalui jalan itu.

Lagipun sejak laluan baharu dibuka, laluan Bukit Putus jarang lagi digunakan untuk menjimatkan masa

Keadaan jalan Bukit Putus yang dikelilingi hutan rimba dan bergaung itu dikatakan ‘keras’ dan ramai pengguna jalan raya pernah menjadi m4ngsa g4ngguan ketika melalui kawasan tersebut.

Mengimbau kejadian ng3ri melalui Bukit Putus, seorang pemuda, Syakir memberitahu walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu namun ia kekal segar dalam ingatannya sehingga ke hari ini.

Cerita Syakir, ketika kejadian dia bersama abangnya dalam perjalanan ke rumah ibu bapa mereka di Kuala Pilah untuk mengambil barang sebelum meneruskan perjalanan ke Pahang kerana berhari raya di kampung neneknya.

Ia berlaku pada tengah malam

“Ketika kejadian saya bersama abang dan apa yang menimpa kami ketika itu menjadi sejarah hitam buat kami. Malah kalau saya sebut perkara ini kepada abang dia pasti akan marah dan minta jangan dikenang lagi,” katanya memulakan bicara.

Selekoh taj4m dan berdekatan gaung menjadikan laluan ini berb4haya terutama pada waktu malam. 

Bisikan wanita minta tolong!

Pada awalnya kata Syakir, perjalanan mereka berjalan lancar namun apabila tiba di selekoh ketiga Bukit Putus radio kereta abangnya tiba-tiba mengalami g4ngguan siaran.

Dalam suasana sunyi dan hanya bertemankan bunyi enjin kereta, Syakir memberitahu dia tiba-tiba mendengar bisikan daripada seorang wanita yang meminta tolong.

“Saya ingat bisikan itu berbunyi, ‘berhenti, anak aku? Ke kiri gaung… Tolong!. Apabila saya tersedar dari lamunan saya segera mengosok-gosok telinga saya sehingga abang hairan melihat gelagat saya.

Lebih menyer4mkan abang pula menjerit minta saya keluar dari kereta kerana melihat nenek tua berada di belakang saya… Saya pula minta dia masuk kembali ke dalam kereta!

SYAKIR

PENGGUNA LALUAN BUKIT PUTUS

“Abang saya mahu berhenti di tepi jalan pada awalnya namun saya minta dia teruskan perjalanan tanpa memberitahu apa yang berlaku kepada saya,” ceritanya.

Tambah Syakir, akibat ket4kutan, dia menitiskan air mata dan tidak berani memandang ke depan dan hanya menundukkan pandangan ke bawah.

Tidak cukup dengan itu kata Syakir, setibanya mereka di selekoh kelima, abangnya mengadu kereta berasa berat seperti mendaki bukit walaupun menggunakan gear rendah.

“Saya memang sudah tidak bercakap ketika itu tapi apabila abang tiba-tiba bersuara, ‘berat pulak’ tiba-tiba kami terdengar suara ketawa dan mengil4i!

“Memang kami terkejut dan saya tengok wajah abang dah bertukar. Kami saling berpandangan. Ketawa itu hilang selepas kami melepasi selekoh kelima itu.

Pada waktu siang jalan ini masih menjadi pilihan pengguna jalan raya dari atau ke Seramban dan Kuala Pilah. 

Nenek tua dalam kereta, kelibat re3ntung ekori abang

Setibanya di selekoh kelapan, Syakir memberitahu kereta mereka tiba-tiba bergerak perlahan sebelum abangnya mengambil keputusan untuk berhenti di tepi jalan bagi memeriksa enjin.

Walaupun ditegah namun mereka tiada pilihan kerana perlu meneruskan perjalanan pulang ke kampung dan tidak mahu tersadai di tepi jalan yang sebelahnya adalah gaung.

Seperti dijangka kata Syakir, ketika abangnya keluar dari kereta dia terlihat kelibat seperti wanita reentung di belakang abangnya sehingga membuatkan dia tergamam.

“Lebih menyer4mkan abang pula menjerit minta saya keluar dari kereta kerana melihat nenek tua berada di belakang saya… Saya pula minta dia masuk kembali ke dalam kereta!

“Saya terpaksa tarik abang saya masuk ke dalam kereta tanpa saya sedar ada m4khluk lain dibelakang kereta sebelum ternampak sebuah kereta melalui kawasan itu… Lega rasanya,” katanya.

Pemandu kereta itu kata Syakir memberhentikan kereta untuk bertanya tentang keadaan kami dan mereka mengambil keputusan untuk mengekori kenderaan itu dari belakang.

“Abang saya sudah menggigil kesejukan dan saya ambil alih memandu kereta walaupun tiada lesen dan mengikut kereta lelaki itu dari belakang.

“Abang diam tak terkata seperti dia takut akan sesuatu… Saya dah tak fikir apa ketika itu melainkan kami selamat sampai ke kampung,” katanya.

Pengguna kini memilih jalan baharu berbanding jalan lama yang dibuka sejak 2009. 

Perjalanan mereka kata Syakir lancar sehinggalah lelaki tersebut singgah di sebuah stesen minyak di Ulu Bendul untuk ke tandas dan ketika itu abangnya sudah mula tenang dan mampu bercakap.

Ketika berhenti di stesen minyak itu, abangnya mula memberitahu tentang nenektua yang dilihatnya sehingga membuatkan dia tergamam.

Nenek dedah ada ‘m4khluk’ ikut pulang ke rumah

Meskipun selamat tiba di kampung, Syakir memberitahu rupa-rupanya kisah misteri di alami mereka tidak berakhir di situ apabila neneknya bercerita ada m4khluk mengikut mereka pulang.

Neneknya memberitahu disebabkan kedua beradik itu masuk tergopoh-gopoh ke dalam rumah tanpa memberi salam menyebabkan ada benda mengikut mereka.

“Nenek beritahu ketika kami masuk dia nampak ada orang tua di belakang abang. Selepas kami salam nenek, benda itu ikut kami masuk dalam bilik.

“Namun kata nenek ‘benda’ itu sudah keluar dari rumahnya selepas nenek meminta ia meningg4lkan kediamannya dengan cara baik dan tidak mengg4ngu mereka sekeluarga,” katanya.

Sejak kejadian itu kata Syakir, mereka tidak pernah lagi melalui jalan Bukit Putus dan menggunakan jalan baharu yang dibuka sejak 2009.

Dia menasihati orang ramai yang mahu menggunakan laluan lama itu supaya berhatu-hati khusunya pada waktu malam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  : Mstar

Continue ReadingUS
Advertisement