Kuasa Allah, Byi Terbuang Masih Hidup Walaupun Plastik Diikat Ketat

Saban tahun, krisis pembuangan bayi yang kononnya demi menutup malu atau mengelak rahsia hubungan tanpa pernikahan terbongkar dilihat tiada penghujungnya. Lebih memeranjatkan, hasil rekod pihak JKM dan PDRM pada 2018 mendapati bahawa setiap 3 hari akan ada seorang bayi dibuang sama ada dijumpai hidup atau tak bernyawa lagi. Meskipun statistik itu dianggap tidak berperikemanusiaan, tetapi itulah realiti sebenar yang sedang membarah dalam masyarakat masa kini.

Bayi merengek ditemui dalam tong sampah

Baru-baru ini pula, kecoh di laman sosial tentang sebuah video menyayat hati yang memaparkan tentang penemuan seorang budak kecil di dalam tong sampah. Menerusi rakaman berdurasi 1 minit tersebut, beberapa orang awam telah mendengar bunyi rengekan di kawasan pengumpulan sisa sampah itu sebelum terkejut apabila mendapati ada seorang bayi hidup dibungkus dalam plastik hitam.

Nasib baik hidup lagi & mampu diselamatkan..

Berdasarkan nada perbualan dalam visual terbabit, kejadian itu dipercayai berlaku di luar negara meskipun tarikh dan lokasi sebenar tidak dimaklumkan. Video yang dimuat naik oleh pengguna akaun Twitter @imaginaryworldx itu telah mendapat perhatian ramai netizen tempatan dan meraih hampir 100 ribu jumlah tontonan setakat ini. Menerusi ruangan komen pula, rata-ratanya agak hairan bagaimana bayi tak bersalah itu masih mampu terselamat ekoran plastik itu dibungkus agak ketat. Di samping itu, mereka turut meluah rasa terkilan terhadap individu yang tergamak melakukan tindakan tak bermoral seperti ini.

Sumber: Twitter imaginaryworldx

Continue ReadingUS
Advertisement